Monday, September 29, 2008

3 Gen Menimba Ilmu di SK Tanah Liat

Keluarga Haji Ariffin Bin Shariff PJK., AMN.

TIGA GENERASI MENIMBA ILMU
DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LIAT, BUKIT MERTAJAM
oleh
Haji Abdul Aziz Bin Haji Ariffin
(Jun 2007)

Di sinilah biji ditabur dan benih disemai sejak tahun 1938 hingga kini. Akan dipapar hasil yang dituai berkat semangat jitu dan keazaman yang kuat serta didikan sempurna dari keluarga. Bukan niat riak atau membangga diri tetapi sekadar ingin berkongsi kejayaan yang mungkin boleh memotivasikan pelajar-pelajar kini. Kejayaan kami tidak turun mencurah atau datang bergolek tetapi hasil dan berkat usaha serta pegorbanan ibu bapa tercinta yang membimbing, guru-guru yang tidak jemu mendidik dan tekad, dedikasi, usaha serta keazaman kami semua.

Ayahanda tercinta Allahyarham Haji Ariffin bin Shariff AMN, PJK.

Ariffin Shariff telah dilahirkan pada 8 Disember 1924 di Tanah Liat. Apabila berumur 4 tahun telah menjadi anak yatim. Mula bersekolah di Sekolah Umum Tanah Liat pada tahun 1930. Terpaksa meninggalkan alam persekolahan semasa usia 10 tahun dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan 10 sen sehari demi menyara ibu dan kakaknya. Setelah berusia 14 tahun, beliau bekerja sebagai buruh untuk satu projek menebang pokok di Sungai Manik, Hilir Perak. Setelah itu beliau pulang ke kampung dan bekerja di Jabatan Saliran, seterusnya pada tahun 1940, beliau bekerja pula sebagai buruh DID di Mahang. Sewaktu Perang Dunia Kedua (1941-1942) semasa pemerintahan Jepun, beliau telah memasuki High School, Bukit Mertajam dan dibawa oleh tentera Jepun ke Sorhanto (Singapura). Beliau seterusnya memasuki Chugakko (Sekolah Menengah Jepun). Setelah tamat pengajian, beliau bertugas dengan Syarikat Tentera Jepun “2944” (Akatsueki Buntai) di Singapura sehinggalah Jepun tewas dalam peperangan. Sehingga ke akhir hayatnya masih fasih berbahasa Jepun dan boleh menulis `khanji’.

Pada tahun 1946 beliau telah menyertai Pasukan Polis dengan nombor badan 4725 dan di latih di Depoh Johor Baharu. Melangsungkan perkahwinan dengan Che Sepiah bt Awang yang juga seorang murid tua Sekolah Umum Tanah Liat dalam tahun 1947. Telah berkhidmat sebagai anggota tugas am di Kuala Kedah, Langkawi, Jungle Squad dan di Sungai Sayong, Kluang. Sifatnya yang benci pada penjajah dan diskriminasi membuatnya selalu mencabar tingkahlaku pegawai tinggi Leftenen Palestin yang dilantik British mengetuai balai-balai dan pondok polis ketika itu. Tidak tahan dengan karenah dan diskriminasi British dan kuncu-kuncunya, beliau telah meletak jawatan pada tahun 1954 dan balik ke Kampong Tanah Liat dan tinggal di Mukim 9. Dalam kesempitan hidup terpaksa berusaha menyara keluarga dengan membantu adiknya Allahyarham Ishak Hj Din yang mengusahakan kedai runcit, Murni Stor dan restoran di persimpangan Berapit pada waktu itu. Ariffin Shariff bergiat dalam gerakan Merdeka dan aktif dalam perjuangan UMNO. Beliau seangkatan dengan sahabat karibnya Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dan Alahyarham Tun Sardon Zubir.

Pada tahun 1959 sewaktu pilihanraya umum julung kali diadakan beliau diberi kepercayaan untuk bertanding atas tiket Perikatan di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pauh dan menang dengan majoriti besar mengalahkan calon PAS. Pada ketika ini, maka bermulalah karier politiknya. Di Dewan Negeri, beliau dilantik sebagai `party whip’. Sewaktu pengistiharan Malaysia pada 16 September 1963 di Kuala Lumpur beliau telah mewakili Gabenor Pulau Pinang pada ketika itu, Raja Tun Uda yang kurang sihat. Dalam pilihanraya 1964 beliau dipilih sekali lagi untuk bertanding di kawasan yang sama dan setelah menang dan diberi kepercayaan serta dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) hingga 1969. Beliau tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon lain pada pilihanraya 1969.

Setelah bersara dari politik, beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada beberapa syarikat termasuk syarikat ladang ubi kayu yang mengusahakan plastik di Bukit Selambau. Sewaktu hayatnya beliau amat prihatin dengan kemjuan sekolah ini dan pernah memimpin PIBG seketika dahulu. Sewaktu menjadi wakil rakyat banyak peruntukan yang telah beliau beri termasuk mendapatkan kelulusan untuk penambahan bangunan sekolah dan sebagainya. Beliau kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2001 di kediamanya di Kampong Tunku Putra ‘B’, Kilang Lama, Kulim. Beliau meninggalkan seorang balu, Hajah Che Sepiah bt Awang yang akan menyambut hari jadi ke-75 pada 24 Disember 2007 ini. Alhamdullillah kesemua sepuluh orang anaknya adalah murid tua di sekolah ini.

Bonda Hajah Che Sepiah binti Awang

Dilahirkan pada 24 Disember1932. Puteri ketiga kepada Awang Bin Haji Jaafar dan Yam Binti Yassin. Murid tua sekolah ini yang telah mengikuti pengajian dari darjah satu. Telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1947 dan dikurniakan tujuh putera dan tiga puteri.

1. Datuk Haji Adzmi Haji Ariffin - Tarikh lahir 8.11.1948

Darjah satu 1955 hingga darjah 3. Kumpulan terakhir yang dipilih dari Darjah 3, setelah berjaya dalam ujian
untuk ke Special Malay Class di Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam.

Pencapaian Akademik:
Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Humanities dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Diploma Pentadbiran Awam (INTAN)

Pencapaian Karier:
Telah bertugas dengan perkhidmatan kerajaan sebagai Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai
Kewangan Negeri, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Wilayah Persekutuan dan di Kementerian Kewangan
sehingga dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar di JKP Berhad, Pulau Pinang.
Setelah bersara wajib sebagai pegawai kerajaan dalam tahun 2004, beliau dilantik ke jawatan yang sama secara
kontrak dan sehingga kini masih bertugas atas jawatan yang sama.

Pengiktirafan:
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor
Bintang Khidmat Cemerlang (BKC) Selangor
Ahli Mangku Negara (AMN)
Telah dianugerah dengan Pingat kebesaran negeri Pulau Pinang Darjah Sri Pangkuan Negeri (DSPN) yang
membawa gelaran Datuk sempena hari jadi Yang Di Pertua Negeri dalam tahun 2005.

Keluarga:
Berkahwin dengan Datin Hajah Sharifah Zaharah Syed Abdul Rahman
dan dikurniakan lima cahayamata.
Anak sulung seorang kontraktor.
Anak kedua mahasiswa di UNISEL tahun kedua program TESL.
Anak-anak yang lain masih di Sekolah Menengah.
Berkahwin dengan Lenny Abdullah dan dikurniakan seorang puteri yang masih belajar di Tahun Satu di Pulau
Pinang.


2. Haji Abdul Aziz bin Haji Ariffin - Tarikh lahir 28.11.1949

Darjah satu 1956 hingga darjah 4. Kumpulan pertama yang dipilih dari Darjah 4, setelah berjaya dalam ujian
untuk ke Special Malay Class di Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam. Dihadiahkan biasiswa Federal
Minor Scholarship kerana keputusan cemerlang di darjah 4.

Pencapaian Akademik:
Sijil Pengurusan Personel – MIPM 1990
Diploma Pengurusan – Yayasan Pengurusan Malaysia - 1991
Diploma Sains Kepolisan – Universiti Kebangsaan Malaysia 1992
Bacelor in Business Administration – Royal Melbourne Institute of Technology University Australia 1994
Master in Business Administration (MBA) UKM Bangi - 1996
lmt . Lulusan Sekolah Staf dan Pimpinan Polis Republik Indonesia Lembang, Bandung Jawa Barat – 1988

Pencapaian Karier:
Telah bertugas sebagai Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia selama 37 tahun 4 bulan dan 27 hari. Pernah
bertugas sebagai Ketua Polis Daerah OCPD) di Cameron Highlands, Pekan, Bentong, Port Dickson dan Kluang. Tugas terakhir sebagai Penolong Pengarah Pengurusan di Bukit Aman dan pangkat tertinggi ialah
Assistant Commissioner of Police.
Setelah bersara pada 28.11.2005 mencebur diri dalam bidang perniagaan
dan kini adalah Pengarah Urusan Gala Distinction Sdn Bhd ( Jururunding Pengurusan dan Latihan). Beliau dilantik sebagai Pensyarah Sambilan di Universiti Malaya, UiTM dan Chartered Institute of Logistic and
Transport-London dalam bidang Gelagat Organisasi.

Pengiktirafan:
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Pahang
Ahli Mangku Negara (AMN)
Bentara Setia Diraja (BSD)
Ahli Mahkota Pahang (AMP)
Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)
Pahlawan Pasukan Polis (PPP)
Setia Ahmad Shah Pahang (SAP)

Keluarga:
Berkahwin dengan Hajah Maziah bt Haji Gusti bekas pendidik kini surirumah sepenuh masa.
Anak sulung lulusan Bacelor of Business Administration dari RMIT Universiti Australia adalah Pengarah Eksekutif
Gala Distinction Sdn Bhd.
Anak kedua: Lulusan Diploma Architecture UiTM sedang mengikuti Masters in Architecture Robert Gordon
University Aberdeen Scotland.
Anak ketiga: Lulusan Bachelor in Business (International Business) UiTM, Shah Alam kini bertugas sebagai
Eksekutif di Gala Distinction Sdn Bhd.
Anak bongsu: Mahasiswa tahun akhir Bacelor in Digital Media Multimeida Universiti Cyberjaya Putrajaya

.
3. Hajjah Azizah binti Haji Ariffin - Tarikh lahir 23 Ogos 1952

Darjah satu 1961 hingga darjah 3 di Sekolah Perempuan dan kemudian dipindahkan ka Sekolah Kebangsaan
Tanah Liat. Juara dan Johan pidato Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat daerah. Ketua Darjah. Setelah lulus Darjah 6 meneruskan persekolahan di Convent of the Holy Infant Jesus Bukit Mertajam. Tingkatan 6 di High School BM sebelum ke USM.

Pencapaian Akademik:
Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) Antropologi dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Pencapaian Karier:
Telah bertugas dengan perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Perpaduan Daerah dan Pengarah Jabatan
Perpaduan Negari Kelantan, Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Perpaduan
Negeri Pulau Pinang. Telah dinaikkan pangkat dan kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan
Perpaduan Negara Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.


Pengiktirafan:
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor
Bintang Khidmat Cemerlang (BKC) Selangor
Keluarga:
Berkahwin dengan Haji Mohamad bin Saad, pesara dan bekas Pensyarah Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
Sungai Petani. Dikurniakan lima cahayamata.
Anak sulung: Lulusan Bacelor in Accountancy UNITEN saorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Saujana
Utama, Sungai Buluh, Selangor.

Anak kedua: Lulusan B.Ed in ICT dari UPSI, Tanjong Malim kini bertugas sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Wilayah Persekutuan Labuan.

Anak ketiga:. Lulusan Bacelor in Pharmacy kini bertugas sebagai Ahli Farmasi di Hospital Tengku Ampuan
Rahimah Klang.

Anak keempat: Mahasiswa tahun dua Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Anak kelima. Sedang mengikuti Program Siswazah Perguruan di IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur.


4. Aishah binti Haji Ariffin - Tarikh lahir 12 Oktober 1954

Darjah satu 1963 hingga darjah 3 di Sekolah Perempuan dan kemudian dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan
Tanah Liat. Setelah lulus Darjah 6 meneruskan persekolahan di Convent of the Holy Infant Jesus Bukit Mertajam sebelum mengikuti program di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Pencapaian Akademik:
Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.



Pencapaian Karier:
Telah bertugas sebagai pendidik dibeberapa sekolah rendah antaranya seperti Sekolah Rendah Convent Kulim, Sekolah Kebangsaan Padang Mat Sirat, Sekolah Kebangsaan Kedawang di Pulau Langkawi dan kini bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Langkawi, Kuah, Langkawi. .

Pengiktirafan:
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Keluarga:
Berkahwin dengan Hakim bin Pirun, bekas pendidik yang kini saorang usahawan. Dikurniakan lima cahayamata.

Anak sulung seorang usahawan.

Anak kedua: Mahasiswi UiTM Shah Alam dalam program perakaunan bersekutu ACCA.

Anak ketiga: Mahasiswa tahun ke 3 Bacelor in Engineering di UPM Serdang.

Anak keempat:. Mahasiswi UiTM Shah Alam program Bachelor in Science (Imaging)

Anak kelima: Mahasiswa UiTM program perakaunan bersekutu ACCA.


5. Allahyarham Adli Aminuddin bin Haji Ariffin - Tarikh lahir 7 Julai 1956

Darjah Satu pada 1963 hingga darjah 6. Setelah lulus dengan cemerlang Darjah 6, beliau ditawarkan ke SBP di
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak.

Pencapaian Akademik:
SPM/MCE. Lebih minat menerima tawaran bertugas dengan Polis DiRaja Malaysia walaupun ditawar untuk
meneruskan pelajaran.

Pencapaian Karier:
Telah bertugas dengan Pasukan Polis DiRaja Malaysia mulai 1976 hingga akhir hayat pada 24.7.1993. Pernah
bertugas di Pasukan Polis Hutan dan pernah bertembung dengan pasukan komunis di Klian Intan Perak
Pengalaman bertugas di Cawangan Trafik, Pencegahan Jenayah dan Mahkamah Butterworth.Terlibat dalam
satu kemalangan ngeri di Perai sewaktu bertugas. Meninggal dunia pada 24.7.1993 dua tahun kemudiannya, di rumahnya di Taman Perwira, Telok Air Tawar Butterworth. Pangkat tertinggi Cif Inspektor.

Pengiktirafan:
Mewakili negeri Perak dalam pasukan Bola Sepak, Olahraga dan Ragbi.
Mewakili Polis DiRaja Malaysia dalam sukan Ragbi Mewakili Negara (Malaysia) dalam sukan ragbi di kejohanan
ragbi di Sri Lanka, Taipeh dan Hong Kong.

Keluarga:
Berkahwin dengan Norlailee Lee Abdullah dan diikurniakan dua cahyamata.
Anak sulung: Mahasiswi tahun akhir UiTM Shah Alam Bacellor in Accountancy.

Anak kedua: Bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh kini mahasiswa tahun ke 3 Bacelor of
Science and Mathematics, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

6. Hajah Aynee Wijaya binti Haji Ariffin - Tarikh lahir 7 Jun 1959

Darjah satu 1965 hingga darjah 3 di Sekolah Perempuan dan kemudian dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan
Tanah Liat. Aktif dalam pelbagai aktiviti termasuk sukan seperti olahraga dan bola jarring. Murid perempuan pertama dilantik sebagai Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Tanah Liat pada tahun 1971. Setelah lulus Darjah 6
dengan cemerlang ditawarkan ke St Georges Girls School , Pulau Pinang. Setelah STP berminat menerima
tawaran bekerja di Ban Hin Lee Bank.

Pencapaian Akademik:
Diploma in Credit Management UiTM Shah Alam.


Pencapaian Karier:
Pernah bertugas dengan Ban Hin Lee Bank sebagai pegawai di cawangan Bukit Mertajam Sungai Bakap dan
Pulau Pinang. Bertugas di MBF Finance. Membuat keputusan berhenti untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

Pengiktirafan:
Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Tanah Liat 1971.
Mewakili negeri Pulau Pinang dalam sukan olahraga dan bola jaring.

Keluarga:
Berkahwin dengan Haji Mohamad Raffi bin Abdul Karim, Pegawai Bank di Affin Bank Kuala Lumpur dan dikurniakan tiga cahyamata. Anak sulung: Sedang mengikuti program berkembar dengan Universiti Southern Australia dalam bidang chef dan catering di Singapura.

Anak kedua: Sedang mengikuti program usahasama MIAT dan Universiti Kuala Lumpur di kampus Kuala Lumpur
dalam bidang Aeronotika. Telah ditawar oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pelatih juruterbang
dan kursus penerbangan akan bermula pada bulan Oktober.

Anak ketiga: Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Bukit Jelutong Shah Alam.


7. Kapten (B) Haji Adnan Adil bin Haji Ariffin - Tarikh lahir 2 Oktober 1961

Darjah satu 1967 hingga darjah 6 Setelah lulus dengan cemerlang Darjah 6 ditawar ke Penang Free School.

Pencapaian Akademik:
Diploma Pengurusan (ITTAR)
Advance Diploma in Human Capital Management
Diploma in Armament and Ballistics – UTM


Pencapaian Karier:
Telah bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia di Kor Bekalan (Ordnance) mulai tahun 1980 hingga tamat
service setelah 14 tahun pada 1994. Pernah bertugas dengan Securiforce dan KulitKraf. Kini bertugas sebagai Pengurus Keselamatan ISETAN di KLCC dan Lot 10, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan:
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)

Keluarga:
Berkahwin dengan Hajah Sharifah Haini bt Wan Dahalan, pegawai tentera berpangkat Major bertugas di MINDEF
dan dikurniakan lima cahayamata.

Anak sulung: Mahasiswi di UNISEL bidang TESL.

Anak kedua: Bertugas di Jabatan Tenaga Kerja Rawang, Selangor.

Anak-anak yang lain masih menuntut di Sekolah Rendah di Serendah Selangor.


8. Haji Azhar Amanullah bin Haji Ariffin - Tarikh lahir 12 Februari 1964

Darjah satu 1971 hingga darjah 6. Setelah lulus Darjah 6 meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Mertajam dan Tingkatan 6 di SMK Tinggi Bukit Mertajam.
.
Pencapaian Akademik:
Sijil Perguruan Asas dan Diploma Perguruan Khas – Institut Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim
B.Ed (Hons.) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan (Seni) di UPSI



Pencapaian Karier:
Pada tahun 1984 hingga 1987 menjadi staf di Bahagian Supply and Purchasing, Automotive Manufacturers (M)
Sdn. Bhd., Pekan. Pernah bertugas sebagai pendidik di Sekolah St. George, Taiping pada 1989 hingga 1993 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa sejak tahun 1993. Dilantik sebagai Penyelia Petang
pada 2006 hingga sekarang di sekolah yang sama. Pengkhususan Seni Visual. Telah ditawarkan biasiswa
mengikuti program Sarjana Pendidikan dalam bidang Seni yang telah bermula pada 21 hb Julai 2007.

Pengiktirafan:
Pingat Emas SITC Dussek Memorial Fund Peserta Terbaik Keseluruhan 1987/89 di IPSI
Dilantik ke pangkat Assistant Superintendant of Police (ASP) dalam Kor Kadet Polis dan menegtuai Kor Kadet
daerah Seberang Prai Tengah.
Anugerah Juara Penuh Disiplin PDRM 2000.
Anugerah Khidmat Cemerlang 1994, 1997 dan 2005.

Keluarga:
Diijabkabulkan dengan Hajah Siti Rohana binti Ahmad pada 12 Julai 1989, suri rumah sepenuh masa dan
dikurniakan empat cahayamata.

Anak sulung: Bekas pelajar Sekolah Kebangsan Tanah Liat sekarang Pelajar Tingkatan 5 di SMK Convent,
Bukit Mertajam.

Anak kedua: Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tanah Liat kini pelajar Tingkatan 3 SMK Mengkuang.

Anak-anak yang lain masih di Sekolah Kebangsan Tanah Liat.

Empat orang anaknya merupakan generasi ke 3 keluarga Allahyarham Haji Ariffin yang menuntut di Sekolah
Kebangsaan Tanah Liat.




9. Azman Zahidi bin Haji Ariffin - Tarikh lahir 30 April 1966

Darjah satu 1973 hingga darjah 6. Setelah lulus dengan cemerlang semasa Darjah 6, ditawar ke SBP di
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.

Pencapaian Akademik:
Mengikuti program Diploma in Estate and Plantation Management UiTM tetapi tidak tamat kerana ditawar mengikuti kursus di Jepun oleh Syarikat Mio Toki dan kemudiannya bekerja dengan syarikat pembuat ceramic terkenal Jepun di Kawasan Perindustrian Kulim.

Pencapaian Karier:
Telah bertugas dengan Syarikat Mio Toki hingga sekarang. Bermula dari Line Leader dan kini adalah di antara
Penyelia Kanan di syarikat tersebut.Telah tiga kali dihantar berkursus di Jepun. Boleh dan fasih berbahasa Jepun.

Keluarga:
Berkahwin dengan surirumah sepenuh masa dan dikurniakan lima cahayamata.

Anak sulung: Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Sultan Badlishah Kilang Lama Kulim.

Dua orang anak di Sekolah Rendah Tunku Abdul Malek Kilang Lama Kulim manakala yang lain masih belum
bersekolah.



10. Dr (H) Azizul Sharifuddin bin Haji Ariffin - Tarikh lahir 17 Oktober 1971

Darjah satu 1977 hingga darjah 6 Setelah lulus darjah enam telah meneruskan pengajian menegah di Sekolah
Menengah Tinggi Bukit Mertajam.

Pencapaian Akademik:
Diploma Haemopathy
Sijil amalan Doktor Haemopathy
Sedang mengikuti program Phd dalam Haemophaty

Pencapaian Karier:
Pernah bertugas sebagai Line Leader di Syarikat Mio Toki selama 3 tahun sehingga melepaskan jawatan pada
1998. Pernah dihantar berkursus di Jepun oleh syarikat tersebut.

Telah berkhidmat sebagai Pembantu Doktor Homoepathy di klinik di Sg Petani. Telah menubuhkan klinik
persendirian atas nama Pusat Homoepathy Kulim setelah dianugerahkan kelulusan oleh Madras Institute of
Homeophaty. Kini beroperasi sepenuhnya di Kilang Lama Kulim.

Pengiktirafan:
Sijil Amalan Perubatan Homoepathy

Keluarga:
Berkahwin dengan Azizah binti Hassan yang kini membantu menguruskan klinik. Dikurniakan tiga cahyamata.

Dua orang anaknya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malek Kilang Lama manakala
yang seorang lagi masih kecil.



T E R I M A K A S I H

untuk maklum balas layari:
www.maSuasa.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

nadiah berasa sgt bangga krn family kt dh ada blog sndr....n bertambah bangga bl dpt tau suma pencapaian family kt....tahniah kpd suma yg dh berjaya and akan berjaya (di ms dpn)....tetapi nadiah nk comment ckit psal family pak cik man dmana nama mak cik x de plak....family lain suma ada nm spouse msg....n lg 1....nadiah amik bacelor in medical imaging (hons) bkn bachelor science (imaging) seperti yg tertulis...harap tlg update ye pak uda....lastly thanks n tahniah to pak uda n family n also pak ngah dia atas sumbangan utk mewujudkan blogspot ni....

PSJ said...

Assalamualaikum, bagus juga ada blog ni, tapi kalau boleh ttg hal2 nak update ini adalah menjadi tanggungjawab k'ga masing2 utk memaklumkan perkembangan terkini. Dan sapa2 yg pandai IT tu tolong la buatkan.

Puanchan said...

Tak sangka ya Kak Zah Pengarah Peropaduan Negeri Kedah yang selalu naik bas ulang alik dengan saya dari SP - AS, sambil sembang-sembang boring sebab kena berdiri sepanjang perjalanan tu Kakak pada Aynee Wijaya. Kak Zah memang friendly sangat siap pegi kenduri kawin anak dia lagi, semoga sukses selalu kak Zah dan juga Aynee.